Thursday, May 6, 2010

Kelebihan Menuntut Ilmu



Hyep hyep.hehehehehe,boring punye pasal,suddenly something alarmed me.Why not I share my favourite hadith of the time.It's about 'Kelebihan menuntut Ilmu' Huhu,ini tujuan baik,bukan niat utk menunjuk2 ke ape.Straight from my heart.Hadith ni terjumpe bile tgh surf internet pasal koleksi hadis2,then terjumpe hadith ni,kt web JAKIM jer. hehehe,kt situ byk hadith yg pendek2,so syok la kalo bace tu.Then tersangkut plak kt 1 hadis ni,so I'll paste it here so that I can ocassionally read it everytime open this blog. :)

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan." Abu ad-Darda' r.a

Huraian:
Pengajaran hadith:
i) Penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam, maka merekalah yang akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada rasul-Nya.
Ii) Menuntut ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.
iii) Kita selaku umat Islam dilarang memperlekehkan golongan alim ulama’ dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu.

yep,tu la hadith yg aku suke bace.hehehe,kalo ade yg bes2 agy,nnti i'll add lg,k. Till now,salam..