Saturday, September 29, 2012

Give up,Maybe?

Assalamualaikum..

Dah lama rasa nya tak update blog ini semenjak bulan April yang lalu mungkin..entah la,aku pun dah lupa.
Terlalu banyak perkara have to think.Misal nya,mid-Exam block akan datang hari Khamis ni.Aduh,mampus lah aku.Dah la banyak tak study lagi.Tak apa,santai.
Okay,ada benda sebenarnya nak cerita.Curhat di sini aja lah..
Semalam keputusan Pinjaman JPA dah keluar tepat pada pukul 6.00 petang pada tanggal 28 September 2012.Dengan penuh harapan menggunung segunung Everest,aku pun check lah through website e-silav.jpa.gov.my.
Dada waktu tu memang tak payah cakap lah,memang jantung pump blood laju.cardiac output pun high.
Then,aku pun masukkan lah password and username macam biasa.Sambil menunggu loading tu,aih..Allah sahaja lah yang tahu.

*********************************************************************************

Jeng jeng jeng..

Di maklumkan dukacita nya bahawa permohonan Pinjaman Jpa Luar Negara ANDA TIDAK BERJAYA.

Bila aku tengok balik ayat ANDA TIDAK BERJAYA tu rasa macam hati ni kaca jatuh ke lantai la.Pecah seribu2.Heart-broken habis.Ini baru dikatakan Broken-Hearted.Frust menonggeng juga lah..I took 10 minutes to calm down for a while.Dan fikir secara logika nya,mungkin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Hmm..bukan nak mengeluh ataupun berpeluh.Tapi Allah sahaja yang tahu aku betul-betul berusaha during 1st year aku.Aku sentiasa dapat jalan yang susah sejak PASUM dulu.Apa lah dosa aku agaknya,sampai aku dihujani dugaan seperti ini.

Semua orang idamkan kehidupan sempurna,tapi hakikat nya,hidup bukan sempurna yang kita sangka.
Demikian juga Allah sudah memberitahu dalam Al-Quran,setiap hidup manusia itu pasti Allah akan duga.Sama ada cepat atau lambat je.Mungkin ini ujian bahagian aku,sebab aku tahu,di luar sana ramai lagi yang sedang suffer lebih teruk dari apa yang aku rasa sekarang ini.
The strongest medicine is PATIENT is the only I can take.
Sabar sahaja lah yang aku termampu buat masa sekarang ini.
Seandai nya lah aku punya duit banyak,aku nak bayar semula hutang pendidikan aku ke mak and ayah.
Sebab aku tak nak menyusahkan beban mak dan ayah yang banyak korbankan dan bersusah payah mencari duit untuk sekolah kan aku untuk aku berjaya menjadi seorang yang berilmu kelak.

Dari sini aku titipkan satu ayat dari seorang blogger yang menurut aku memang sentap kalau kita membaca nya..

tak semua impian kita menjadi kenyataan.tak semua yang kita mimpi dengan indah itu boleh jadi realiti.dan tak semua harapan untuk membuat ibu bapa tersenyum bangga dan gembira , tercapai..

Sekian.Wassalam.