Saturday, October 20, 2012

Congratulations !

Salam mun alaik..
Hari ini hari yang menggembirakan buat kakak-kakak dan abang-abang yang tersayangggg untuk angkatan 2006 bagi meraikan hari kejayaan mereka setelah 6 tahun bersusah-payah gigih berusaha untuk mendapat sebuah ijazah M.D.

Many congrats to all batch 2006 graduated today.Finally,all the hardships had been paid off.They are officially doctors now. :)

Congrats k.wardah :)


Bila aku pergi convocation tadi,aku terasa inspired dan amazed akhir nya mereka berjaya complete kan pengajian mereka selama 6 tahun kat sini.If it was me,I would cry because I finally finished what I started.
Hopefully dapat jumpe mereka,during HO nanti dan di hospital kat Malaysia.
Tak sabar rasa nya,nak pegang ijazah yang sangat-sangat berharga itu.
Moga Allah permudahkan segala perjuangan aku di sini,dan dapat grad seperti mereka juga.Dan dapat grad dlm first wave. InsyaAllah.


Saturday, September 29, 2012

Pray



Ya Allah!
 Kurniakan aku cinta insan yang mencintaiMu. 
Ya Allah! Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku, tercipta untukku, satukanlah hatinya dengan hatiku. 
Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. 
Tetapi Ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku.
Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. 
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku. 
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini....

Amin..


Please do help me Allah.I can't stop thinking about it.
Banyak lagi perkara yg lebih penting untuk di fikirkan.

#Hanya mampu pasrah.

Wassalam


Give up,Maybe?

Assalamualaikum..

Dah lama rasa nya tak update blog ini semenjak bulan April yang lalu mungkin..entah la,aku pun dah lupa.
Terlalu banyak perkara have to think.Misal nya,mid-Exam block akan datang hari Khamis ni.Aduh,mampus lah aku.Dah la banyak tak study lagi.Tak apa,santai.
Okay,ada benda sebenarnya nak cerita.Curhat di sini aja lah..
Semalam keputusan Pinjaman JPA dah keluar tepat pada pukul 6.00 petang pada tanggal 28 September 2012.Dengan penuh harapan menggunung segunung Everest,aku pun check lah through website e-silav.jpa.gov.my.
Dada waktu tu memang tak payah cakap lah,memang jantung pump blood laju.cardiac output pun high.
Then,aku pun masukkan lah password and username macam biasa.Sambil menunggu loading tu,aih..Allah sahaja lah yang tahu.

*********************************************************************************

Jeng jeng jeng..

Di maklumkan dukacita nya bahawa permohonan Pinjaman Jpa Luar Negara ANDA TIDAK BERJAYA.

Bila aku tengok balik ayat ANDA TIDAK BERJAYA tu rasa macam hati ni kaca jatuh ke lantai la.Pecah seribu2.Heart-broken habis.Ini baru dikatakan Broken-Hearted.Frust menonggeng juga lah..I took 10 minutes to calm down for a while.Dan fikir secara logika nya,mungkin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Hmm..bukan nak mengeluh ataupun berpeluh.Tapi Allah sahaja yang tahu aku betul-betul berusaha during 1st year aku.Aku sentiasa dapat jalan yang susah sejak PASUM dulu.Apa lah dosa aku agaknya,sampai aku dihujani dugaan seperti ini.

Semua orang idamkan kehidupan sempurna,tapi hakikat nya,hidup bukan sempurna yang kita sangka.
Demikian juga Allah sudah memberitahu dalam Al-Quran,setiap hidup manusia itu pasti Allah akan duga.Sama ada cepat atau lambat je.Mungkin ini ujian bahagian aku,sebab aku tahu,di luar sana ramai lagi yang sedang suffer lebih teruk dari apa yang aku rasa sekarang ini.
The strongest medicine is PATIENT is the only I can take.
Sabar sahaja lah yang aku termampu buat masa sekarang ini.
Seandai nya lah aku punya duit banyak,aku nak bayar semula hutang pendidikan aku ke mak and ayah.
Sebab aku tak nak menyusahkan beban mak dan ayah yang banyak korbankan dan bersusah payah mencari duit untuk sekolah kan aku untuk aku berjaya menjadi seorang yang berilmu kelak.

Dari sini aku titipkan satu ayat dari seorang blogger yang menurut aku memang sentap kalau kita membaca nya..

tak semua impian kita menjadi kenyataan.tak semua yang kita mimpi dengan indah itu boleh jadi realiti.dan tak semua harapan untuk membuat ibu bapa tersenyum bangga dan gembira , tercapai..

Sekian.Wassalam.